Assalammualaikum...
wah...dah lama rasenye saya tak menulis..Maklumlah memang nak sangat menulis tetapi masa tak ade dek kerana kerja yg berlambak2..
Sebelum itu, saya bersyukur kerana masih lagi dapat menulis di bulan dan tahun yg baru ini..selamat dtg Februari..Ye, mmg ramai yg tahu keistemewaan buulan Februari ini kan..Setiap 14 Februari adalah hari kekasih bg agama Christian..Namun bagi Islam, hari kekasih itu tidak semestinya hanya menunggu setiap 14 feb sahaja,setiap hari pun hari kekasih juga..
Untuk bulan Februari ni, saya ingin kongsikan cerita mengenai seorang insan yang begitu bermakna dalam diri saya..iaitu Ibu saya. Dialah insan yang teristemewa dalam hidup saya kerana saya pun akan bergelar Ibu tak lama lagi. Peptah ada menyatakan Syurga itu terletak di bawah kaki Ibu..Mari kita dalami petikan puisi yang saya petik dari penulis hebat Khalil Gibran : ~~
Ibu merupakan kata tersejuk yang dilantunkan oleh bibir – bibir manusia.
Dan “Ibuku” merupakan sebutan terindah.
Kata yang semerbak cinta dan impian, manis dan syahdu yang memancar dari kedalaman jiwa.
Ibu adalah segalanya. Ibu adalah penegas kita dilaka lara, impian kita dalam rengsa, rujukan kita di kala nista.
Ibu adalah mata air cinta, kemuliaan, kebahagiaan dan toleransi. Siapa pun yang kehilangan ibunya, ia akan kehilangan sehelai jiwa suci yang senantiasa
merestui dan memberkatinya.
Alam semesta selalu berbincang dalam bahasa ibu. Matahari sebagai ibu bumi yang menyusuinya melalui panasnya.
Matahari tak akan pernah meninggalkan bumi sampai malam merebahkannya dalam lentera ombak, syahdu tembang beburungan dan sesungaian.
Bumi adalah ibu pepohonan dan bebungaan. Bumi menumbuhkan, menjaga dan membesarkannya. Pepohonan
dan bebungaan adalah ibu yang tulus memelihara bebuahan dan bebijian.
Ibu adalah jiwa keabadian bagi semua wujud.
Penuh cinta dan kedamaian.
:+: Khalil Gibran :+:
Sungguh hebat puisi yg di tulis oleh penulis ini. Begitu besarnya peranan seorang insan yg bergelar Ibu. Tiada tolak dan gantinya.
Ibu saya seorang yang tabah dan kuat semangat. Dia akan sentiasa memberikan saya kata-kata semangat dan tidak akan henti untuk terus meniupkan kata2 semangat meskipun saya sudah bersuami sekarang ini. Ilmunya tidak pernah luntur untuk diberikan kepada saya dalam tunjuk ajar walau apa sekalipun perkara.
Saya rasa sayalah insan paling bertuah kerana mempunyai seorang Ibu yg baik seperti dia. Tak tergamak rasanya untuk menderhakai dia. Dia yg banyak berkorban dan bersusah payah dalam membesarkan saya serta adik2..Kini saya amat merindui Ibu.
Dialah insan yg paling dekat dengan kita. Saya rasa nilai sebuah puisi indah tidak akan dapat menggambarkan betapa besarnye perngorbanannya. Saya mahu memiliki semnagat yg sama seperti ibu saya..insya Allah..
Ibu saya sayang Ibu dunia akhirat...
Signing off ~ عين

+-+Copy.jpg)